Wednesday, 22 January 2014

APA ITU KAIZEN?



Kaizen merupakan perkataan dari Bahasa Jepun yang membawa maksud  'Penambahbaikan Berterusan'. Iaitu dari dua suku kata KAI (Ubah) dan ZEN (Baik).  Selalu kita nyatakan dalam 5S kita perlu Kaizen dan tidak ditakuk lama. Ertikata  lain, ada penambahbaikan yang berterusan yang kita laksanakan dalam Amalan 5S.

Contoh: jika dulu 'label' tidak seragam, kini dengan idea baru, kos jimat, nampak menarik, maka terhasil 'label' yang seragam dan kemas.

Seterusnya dalam kita meningkatkan produktiviti, ada dua perkara yang selalu  ditekankan iaitu KAIZEN dan INOVASI. Dua perkara ini membawa maksud yang  hampir sama, iaitu 'Penambahbaikan', tetapi ia berbeza. Apakah perbezaannya? :-


·         KAIZEN : Pendekatan secara perlahan. Ianya merupakan pendekatan penambahbaikan berterusan. Pendekatan ini banyak digunapakai di dalam aktiviti 5S.

·         INOVASI : Pendekatan secara mendadak. Merupakan pendekatan yang agak cepat.


Pendekatan kedua-duanya adalah sebagai panduan yang boleh diikuti. Ianya terpulang kepada organisasi untuk menggunakan cara yang bersesuaian dengan budaya kualiti masing-masing. Secara ringkas, berikut adalah beberapa perbezaan antara KAIZEN dan INOVASI :



** Sumber : http://www.cheme.utm.my/

KREATIF VS INOVASI

KREATIF : Apa dia Kreatif & Inovasi?

Menurut sumber wikipedia.. Kreatif merupakan proses membabitkan jumpaan idea atau konsep baru, atau kaitan baru antara konsep atau idea sedia ada, didorong oleh proses sama ada sedar atau luar sedar.
Manakala perbezaan antara kreatif dan inovasi adalah :
Kreatif biasanya digunakan bagi merujuk kepada tindakan menghasilkan idea baru, pendekatan atau tindakan, sementara inovasi merupakan proses menghasilkan dan menggunakan kreatif sebegitu dalam bentuk tertentu.
Dalam konteks organisasi, istilah inovasi sering kali digunakan bagi merujuk keseluruhan proses di mana organisasi menghasilkan idea kreatif baru dan menukarkannya menjadi barangan, perkhidmatan, dan amalan perniagaan yang berlainan, berguna dan memiliki daya komesial, sementara istilah krestif dikhususkan bagi kegunaan khusus dalam proses penghasilan idea berlainan oleh individual atau kumpulan, sebagai langkah perlu dalam proses inovasi. Sungguhpun kedua perkataan adalah berlainan, ia adalah seiring. Untuk berinovasi, pekerja perlu menjadi kreatif untuk kekal bersaing..
Nak senang faham...kreatif berasal dari perkataan Create = Cipta...so dia adalah benda baru, manakala Inovasi adalah penambahbaikan idea kreatif tersebut.

** Sumber : http://sukses5s.blogspot.com/

BUKU PANDUAN 5S

Panduan 5S - Langkah Demi Langkah

** Sumber daripada MPC

http://www.jpm.gov.my/userfiles/file/PELAKSANAAN%20LANGKAH%20DEMI%20LANGKAH%20AMALAN%205S.pdf

Tuesday, 21 January 2014

Hubungkait antara aktiviti 5S dan 7 kategori pembaziran

1. Pembaziran disebabkan oleh pengeluaran berlebihan

2. Pembaziran disebabkan oleh kadar kecacatan meningkat

3. Pembaziran disebabkan oleh faktor masa menunggu / lewat

4. Pembaziran oleh faktor inventori / WIP

5. Pembaziran oleh faktor pengangkutan

6. Pembaziran oleh sistem proses

7. Pembaziran oleh faktor pergerakan di tempat kerja

HAPUSKAN PEMBAZIRAN UNTUK MENINGKATKAN PRODUKTIVITI
APA ITU 5S?

SEIRI - SISIH
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan
di tempat kerja dan membuangkannya

SEITON - SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur
supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO - SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada
habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU - SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan
tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE - SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan
kebersihan yang baik dengan sendirinya