Wednesday, 22 January 2014

APA ITU KAIZEN?



Kaizen merupakan perkataan dari Bahasa Jepun yang membawa maksud  'Penambahbaikan Berterusan'. Iaitu dari dua suku kata KAI (Ubah) dan ZEN (Baik).  Selalu kita nyatakan dalam 5S kita perlu Kaizen dan tidak ditakuk lama. Ertikata  lain, ada penambahbaikan yang berterusan yang kita laksanakan dalam Amalan 5S.

Contoh: jika dulu 'label' tidak seragam, kini dengan idea baru, kos jimat, nampak menarik, maka terhasil 'label' yang seragam dan kemas.

Seterusnya dalam kita meningkatkan produktiviti, ada dua perkara yang selalu  ditekankan iaitu KAIZEN dan INOVASI. Dua perkara ini membawa maksud yang  hampir sama, iaitu 'Penambahbaikan', tetapi ia berbeza. Apakah perbezaannya? :-


·         KAIZEN : Pendekatan secara perlahan. Ianya merupakan pendekatan penambahbaikan berterusan. Pendekatan ini banyak digunapakai di dalam aktiviti 5S.

·         INOVASI : Pendekatan secara mendadak. Merupakan pendekatan yang agak cepat.


Pendekatan kedua-duanya adalah sebagai panduan yang boleh diikuti. Ianya terpulang kepada organisasi untuk menggunakan cara yang bersesuaian dengan budaya kualiti masing-masing. Secara ringkas, berikut adalah beberapa perbezaan antara KAIZEN dan INOVASI :



** Sumber : http://www.cheme.utm.my/

No comments:

Post a Comment